Friday, 23 March 2012

Satu pencapaian berkualiti..

Alhamdullillah..
Semua perlawanan peringkat MSSD Gombak telah selesai dengan jayanya..
Empat hari yg penuh 'drama' ragbi yg memberi kepuasan kepada mereka yg telah meletakkan sesebuah misi untuk dicapai.. Namun masih ada kekukarangan yg perlu diperbaiki bg melicinkan lg satu program seumpama ini.. Walaupun platfom MSSD ini adalah salah satu drpd penanda aras pencapaian sesebuah pasukan ragbi, namun kita jangan lupa masih ada bnyk lg penanda aras bg pengurkuran peningkatan dan juga kualiti sesebuah pasukan ragbi itu sendiri.. Majulah sukan untuk negara..



KEPUTUSAN KEJOHANAN RAGBI MSSD GOMBAK 2012

Kategori Bawah 15 Tahun
Johan - Intergomb (A)
Naib Johan - Intergomb (B)
Ketiga - Kelleys (A)
Keempat - Sepintar Rovers

Kategori Bawah 18 Tahun
Johan - Intergomb
Naib Johan - Real Kelleys
Ketiga - Seminda
Keempat - Sepintar Rovers


p/s Jadual latihan pusat ragbi Gombak akan dipercepat dan dipadatkan atas jangkaan MSS Selangor diawalkan perlangsungannya pada bulan April 2012..
Siapsiaga pasukan GOMBAK!! :D

Sunday, 18 March 2012

Kejohanan Ragbi MSSD Gombak

Its will be a long journey to be like them..

Salah satu program pembangunan sukan peringkat daerah Gombak ialah mengadakan sukan di peringkat daerah ataupun lebih dikenali sebagai Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Gombak. Justeru, ragbi juga termasuk salah satu sukan yang dipertandingkan di peringkat ini untuk mencungkil bakat² baru dalam kesukanan ragbi khasnya. Oleh kerana pada tahun 2012, SMK Lembah Keramat telah dipilih oleh PPD Gombak sebagai Pengerusi Permainan Ragbi, secara automatiknya 'homeground' Kelleys akan diadakan temasya sukan ragbi di peringkat daerah Gombak. Mengikut jadual pertandingan, perlawanan peringkat Bawah 18 dan 15 tahun akan diadakan straight  sepanjang minggu hadapan iaitu daripada 20hb sehingga 23hb Mac 2012, iaitu Selasa hingga Jumaat.. ini bermakna sepanjang minggu hadapan juga, sebanyak lebih kurang 15 buah sekolah sekitar Gombak akan terlibat dan dijangka akan memberikan aksi² menarik dlm temasya ragbi tersebut. Sekolah² yg terlibat termasuk sekolah harian biasa, sekolah berprestasi tinggi, sekolah berasrama penuh, sekolah teknik dan vokasional, sekolah persendirian serta sekolah peringkat antarabangsa. diharap penglibatan sekolah² yang berkenaan menambah bilangan atlet² dan pemain² yang berbakat untuk mewakili daerah Gombak di masa akan datang di MSS Selangor pula, dengan izin Tuhan..

Friday, 16 March 2012

Mukabuku untuk Kelleysrugby..

Fesbuk page for Kelleysrugby. . . . . awesome eh? 



Sebenarnya, fesbuk page ni 'lahir' dahulu sebelum Kelleys blog ni..
Walaubagaimanapun, diharap ianya dapat menambah medium untuk kita semua berkomunikasi di antara ragbi komuniti di Malaysia khasnya. Namun secara tidak langsung medium² yg ada ni juga boleh merapatkan perhubungan luar negara. Tuntasnya, mukabuku Kelleysrugby ni dapat menanamkan kedalaman cinta mukabuku serta ilmu sukan ragbi ini kepada warga Kelleys khasnya dan secara global amnya.. InsyaAllah tanjah..!!

Fesbuk Kelleysrugby: http://www.facebook.com/pages/Kelleysrugby/335485793168421


Kewl rugby..

Kelleysrugby in action around year 2011.. 

     


   Kellysrugby-MPAJ (Bowl Champion U18) ARFU-Iskandar 10s
6 Schools at Kelleys homeground 
Victoria Institution 10s 
Kajang 10s (Plate Champion) Kelleysrugby-MPAJ
The Real Kelleys with Coach Rihayyat Darma at Keramat 10s
Kejohanan Ragbi Keramat X10 Bawah 14 tahun

Kellysrugby Junior Under 15 at Iskandar 10s


The Backbones of Kelleysrugby  






Awesome rugby..

Kelab Ragbi SMK Lembah Keramat a.k.a Keramat Valley Rugby Club..
At last its been known as Kelleys..

Kelleysrugby :D